Wah tidak ku sangka ianya akan berakhir begini. Kata-kata ini seolah-olah pengakhiran kepada sesuatu yang dramatik. Start jam 6.00 PM waktu Malaysia bertarikh 21 Januari 2009, maka berakhirlah iklan Advertlets di laman web/blog penulis. Mungkin terasa hairan dengannya namun apa yang penulis research selama setahun bersama Advertlets mungkin amat berguna kepada penggunanya yang ingin tahu lebih lanjut.Kadar Earning
Penulis pelik melihat daily earning di atas. Lihat sahaja pada ada dua tarikh yang sama namun tidak dipastikan kenapa terjadi demikian. Selain itu juga web utama penulis yang lainnya memiliki page impression yang mencecah 10,000 page lebih sehari, tapi lihat page impression di atas, tidak sama dengan data yang didapati oleh penulis. semua di bawah 10,000 dan paling minimum 250, padahal hari berkenaan page impression lebih dari 8,000. Mengenai cliks pula, ini lagi pelik dan tak tahu cara sistem berkenaan bekerja, cuba perhatikan 14hb, 15hb 16hb, dan 17hb banyak sekali perbezaan mengenai cliks berkenaan, 2 cliks dah 4.000 tp 8 cliks bawah 3.500..Jumlah Cashout
Mengenai cash out pula, ianya sudah diberi ulasan dalam artikel sebelumnya. Namun begitulah penulis harus tunggu dahulu kedua-dua check berkenaan bagi membuktikan yang Advertlets benar-benar prihatin kepada para publishernya kerana hingga ke saat ini, penulis belum menerima apa-apa lagi.KesimpulanDi akhir post ini, penulis ingin memberitahu bahawa penulis akan berpindah kepada Nuffnang kerana sistemnya yang mesra dan lebih praktial yang menambat hati penulis. dan juga pengeluaran checknya tidak lambat sehinggakan harus tunggu berbulan-bulan. Selain itu juga ada satu lagi ads yang baru di offer oleh penulis iaitu Admaxasia. Admaxasia ni berkonsep global dan beribu pejabat di Bankok, Thailand. Kelebihan Admaxasia adalah kadarnya minimum RM1 perklik. Tapi yang penting blog/web anda memiliki traffic kurang 10,000 pelawat sebulan dan anda tidak boleh men'dua'kan Admaxasia. Itu syarat utama dari mereka, namun cara nak sign-up pula anda kena kemukan permohonan melalui email utama mereka di publisher@admaxnetwork.com sertakan sekali bukti statistik blog/web anda.
Melihat dari tajuk di atas mesti ianya sesuatu yang menghairankan. Manakan tidak Advertlets merupakan lubuk duit untuk para blogger baru. Dengar sahaja pasal Advertlets mesti meluap-luap untuk mendapatakn hasil daripadanya.
Persaingan Advertlets sekarang semakin sengit ditambah dengan kehadiran Advertise baru yang sedang naik meningkat nama, yakni mempunyai klien yang ramai dan dapat memperngaruhi mereka dalam pengiklanan di internet seperti
Admaxasia.com.
Dan kenapa orang ramai tidak suka Advertlets, atau ada professional blog bersetuju dengan pendirian di atas atau juga kaki web yang pernah mengalamaninya? ini adalah jawapan yang paling tepat untuk dilihat :

Begitu lama dan mengambil masa hampir 3 bulan untuk menunggunya dari bulan November (email diatas diterima selepas sebulan dari cashout dilakukan). Syarat baru yang dikeluarkan sebelum ini juga amat mengejutkan, terutama soal had limit cashout yang bertambah menjadi RM100, sedangkan dahulu cuma RM50 sahaja. Jika ini memaksa kita untuk lebih positif mengenainya, maka blog/web kita haruslah mestilah berpotensi besar iaitu mempunyai pelawat yang ramai dan page view yang banyak, nisbah 1:10 dengan purata page impression sekitar 10,000 keatas, maka sekurang-kurangnya anda dapat RM5 ke atas sehari. Kalau blog/web yang berpotensi rendah, maka anda haruslah tunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan duit dari advertlets.
Berlainan dengan Nuffnang yang lebih prihatin kepada publisher-nya, mereka akan membayar secepat mungkin selepas dari cashout dilakukan, namun pendapatan di Nuffnang amat lembab kerana dibayar atas dasar jika di klik sahaja. Namun begitu, Nuffnang berjaya menarik ribuan kaki blog/web untuk menggunakan perkhidmatannya.
Kebanyakkan blog/web penulis tidak dapat dibuka atau slow dalam erti kata lain pada hari ini, sabtu, 13 Disember 2008. Dan bila penulis melayari mana-mana blog juga pun sedemikian rupa. Penulis cuba selidiki, rupa-rupanya iklan script Nuffnang atau web server dorang ada problem dan mengakibatkan blog yang ada iklan Nuffnang juga tergendala besar.
Penulis dapat memastikan dengan membuang banner-banner Nuffnang yang hanya bersifat sementara dan menukarkannya dengan iklan Advertlets, dan blog dapat di view seperti sediakala tanpa menunggu lama lagi. Dan akhirnya, dengan membuangnya adalah hanya untuk mengelakkan daripada pelawat lari meninggalkan blog kita seterusnya merugikan kita sendiri dengan konsep pengiklanan di blog.
Apa-apa pun janganlah buang banner iklan tu selama-lamanya, kemungkinan di pihak Nuffnang ada sedikit masalah. Tak pasti pula kalau mereka dah tutup selama-lamanya. Jadi jangan terburu-buru nak buat andaian dan pastikan Nuffnang tetap pilihan di hati.

Jika nak diikutkan penulis, ianya sesuatu yang menarik dan boleh mencatikkan bahagian page element. Namun cara ini penulis belum lagi praktikkan kerana belum ada keyakinan yang tinggi dalam berbuat demikian. Email yang dihantar kepada pihak tertentu belum lagi terbalas jawapannya. Namun jika anda ingin berbuat demikian, terserah anda, ini atas kemahuan anda dan penulis tidak ada hak untuk menghalangnya.
Caranya mudah sahaja :
1. Perhatikan kode dibawah, Masukkan sahaja yang berkaitan di bawah
<div class="adbox">
kode banner Nuffnang atau Adverlets di sini
</div>
2. Sebelum itu, pergi ke bahagian Html page masukkan kode di bawah sebelum kode ini, ]]></b:skin>
.adbox img{display:none;}
3. Selesai.
Risiko yang bakal anda hadapi, ini belum dipastikan lagi oleh penulis namun desas desus mengatakan, orang yang berbuat demikian akan di ban akaunnya. Namun apa yang penulis lihat hari ini, ada juga blog yang mempunyai pelawat yang ramai, berbuat demikian.

Baru-baru ini penulis dah mula mengkaji sedikit demi sedikit mengenai program Advertlets ni. Kajian dibuat bukanlah kerana nak sabotaj mana-mana pihak. Namun berkaitan dengan pendapatan disana. Bulan ini penulis mendapat earning RM1xx , tapi belum ada lagi cek datang dari Advertlets. Ada kemungkinan disini yang penulis mula merasa.
Penulis yang dah lama bergiat aktif dalam pengiklanan Advertlets ni, baru 1st time mencapai had rm50 ke atas, dan sudah sedia untuk menerima cek. Tapi akibatnya sampi sekarang cek tersebut belum sampi dan email yang penulis hantar ke Advertlets tidak dibalas lagi. Disini lah penulis mula mengkaji dimana silapnya.
Melihat sahaja forum-forum berkaitan Advertlets, semuanya hampir mengatakan, Advertlets nie penipu, scam dan lain-lain. Dan jika ini benar, maka kebanyakkan blogger-blogger professional dari Malaysia, TIDAK memasang banner-banner Advertlets di blog/web mereka. Kenapa?. mungkin dari pengalaman mereka kot.
Namun ada juga blogger2 medium professional menganggap mereka menerima cek dari Advertlets akhir-akhir ini dan terus berkhidmat dengan Advertlets. Jadi yang mana satu kebenaran disini. Mengikut pandangan penulis, tinjauan keatas web/blogger professional memasang Nuffnang berbanding Advertlets, kalau nak diikutkan pendapatan Advertlets jauh lebih besar sedikit berbanding Nuffnang.
Susah penulis untuk mentafsirkannya disini, bagi penulis, penulis sedia menunggu sehingga hujung tahun ini untuk menanti datangnya cek tersebut dan tetap memasang, jika tiada, penulis akan membuang semua banner2 di semua web/blog penulis. Sebagai tanda protes yang munasabah.
Sebelum-sebelum ini, pendapatan aku di advertlets.com amat dikagumi, tapi apabila page semakin hari semakin bertambah, pendapatan menjunam jatuh. Malah yang amat sedihnya, tak sama dengan pendapatan sebelumnya misalnya lihat gambar di bawah ini, cuba perhatikan, apa yang korang nampak perbezaannya? begitu ketara bukan. Malah ianya seperti anak tangga yang hendak turun sahaja..

Saya tidak tahu ini silap saya atau pengiklanan di advertlets.com sengaja meletakkan bayaran yang rendah kerana persaingan yang sengit terhadap para blogger. Pada mulanya ianya begitu seronok sekali dengan advertlets ni, tapi nasib saya sejak kebelakangan hari ini begitu x seronok pula..
Itu tak mengapa, saya tak kisah, buat masa ini biarlah saya periksa dan kaji dahulu jika draf ini berterusan atau pun tidak, selepas itu barulah ada kesimpulannya. Buat masa sekarang, tak boleh simpulkan apa-apa, kerana perkara ini masih awal untuk diperkatakan.
Sudah menjadi lumrah kepada para blogger untuk sentiasa meningkatkan mutu dan kualiti web mereka. Mempercantikkannya akan membawa satu keberhasilan yang lebih jitu untuk menarik minat para pelawat. Dengan menambah konsep pengiklanan yang lebih kompleks dan lebih 'canggih' berbanding meletakkan banner-banner bergambar sudah semestinya ada sedikit kelainan.
Melihat sahaja AdiWidget yang menggunakan konsep javascript ini sekali gus menarik lebih ramai pelawat ke blognya. Dia cuma mempromosikan iklannya ke dalam blog orang lain. Orang lain cuma boleh menukar gambar sahaja namun tidak boleh untuk menukar link iklan tersebut, dan link tersebut sudah di-set oleh Adi sendiri. Padahal mereka tidak tahu bahawa Adi mendapat keuntungan dari situ. (ops harap adi xdgr) Jadi bagaimana dia lakukan? mari kita bongkar bersama.

Langkah
1. Download javascript di sini
2. Buka javascript dengan mengklik mouse kanan, pergi ke 'open with..' untuk buka javascript tadi ke dalam 'notepad'
3. Seterusnya lihat dibahagian bawah dengan mencari link bertanda "http://ewidget.blogspot.com". Tukar sahaja link tersebut kepada link yang anda inginkan.
4. Seterusnya tekan close pada 'notepad' tadi dan tekan 'yes' untuk 'save as' balik.
5. Upload javascript tadi ke dalam akaun google page anda atau terus tekan sini. (pastikan anda mempunyai google account)
6. Selepas login, anda perlu upload java script tadi di bahagian kanan web google page yang bertanda 'upload'. Tekan sahaja, dan secara automatik akan di-upload.
7. Seterusnya biarkan sahaja dahulu, tapi jangan dulu di closed.
8. copy java script dibawah ke dalam 'page element' blog anda.
<script language="JavaScript" src="http://NAMA-ANDA.googlepages.com/bottom.js" type="text/javascript"> </script> <script language="JavaScript" type="text/javascript"> cot("http://LINK-GAMBAR.png") </script>
*NAMA-ANDA= copy code javascript di google page tadi dengan tekan right mouse, 'copy link'. dan masukkan blik ke dalam NAMA-ANDA.googlepages.com/bottom.js
*LINK-GAMBAR= gambar kesukaan anda dengan copy link kesukaan gambar anda balik kedalam LINK-GAMBAR.PNG (gambar yang sesuai diletakkan ialah format .PNG)
9. Tekan save dan selesai.
Melihat dari kedua-dua pengiklanan diatas mesti ramai yang menganggap ianya lubuk segala kaki blog. Namun ianya adalah lubuk kepada para kaki blog dari Asia Tenggara sahaja, termasuk Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia. Namun ramai juga tidak tahu rahsia disebalik pengiklanan diatas. Mereka cuma tahu meletakkan sahaja di blog tapi tidak tahu disebalik semua itu. Di akhir artikel ini, saya akan membongkarkan rahsia di sebalik kedua-duanya.
Pengenalan utama kepada program buat duit Advertlets dan Nuffnang adalah berasaskan kepada PPC (Pay Per Click) sama juga seperti Google Adsense, Bidvertiser dan beberapa program PPC yang lain. Berbeza dengan Google Adsense dan program pay per click yang lain yang membuka penyertaan dari kebanyakan negara di dunia. Tidak seperti kedua pengiklan diatas, cuma publisher dari negara Asia Tenggara sahaja yang boleh mengiklankan iklan dorang.
Kelebihan dan Kekurangan di antara kedua-dua pengiklanan [pendapat saya]
Advertlets
1. Mudah untuk diupdates dan tidak perlu menjawab pertanyaan survey
2. Banyak pilihan banner pengiklanan yang disediakan
3. Iklan selalu keluar dalam blog
4. Aliran masuk duit setiap hari tanpa klik
5. Bayaran PPC tidak mengikut jenis iklan
6. Web yang berserabut dan sakit mata untuk mengatur blog
7. Memiliki blog sendiri dan komuniti yang join
Nuffnang
1. Perlu menjawab soalan survey untuk diupdates
2. Cuma menyediakan 3 pilihan banner sahaja
3. Iklan selalu jarang keluar dalam blog
4. Aliran masuk duit setiap kali di klik shaja
5. Bayaran PPC mengikut jenis iklan
6. Web yang simple dan senang untuk mengatur blog
7. Memiliki blog sendiri dan komuniti yang join
Jadi yang mana satu pilihan kalbu..
Saya lebih suka gemar advertlets kerana aliran duit masuk tanpa ada orang mengklik. Tidak gemar sangat kepada nuffnang yang ada kekurangan yang tersedia. Namun dalam kajian mendalam saya dan saya juga percaya dalam setahun menggunakan jenis iklan diatas, pelawat web/blog jarang mengklik banner2 seperti ini, kenapa ya? maybe mereka sudah tahu kot, sebab itu lah saya lebih gemar aliran masuk duit hari-hari tanpa mengunggu sampi ke tua orang nk klik banner2 tu. Tidak mengapa.. Ok sekarang mari saya bongkarkan rahsia di sebalik segalanya yang saya alamai..
Rahsia Advertlets
Melihat dari Page Impressions di bahagian daily earning, perbezaan ketara kaki blog yang meletakkan iklan advertlets dgn 'pakar' advertlets ialah jika Page Impressions kaki blog yang meletakkan banner mereka di bahagian page element (blogger.com) contoh mendapat lebih 500 Impressions setiap hari bergantung juga kepada kewibawaan blog/web yang ramai pelawat (tanpa klik), mereka akan memberi anda dalam purata 0.10-0.20 sen sahaja.
Tapi tidak seperti pakar, mereka mendapat Page Impressions yang sama sahaja namun purata mereka dapat 0.40-0.50 sen untuk 500 Impreessions. Jangan dianggap mereka main kotor, mereka sama sahaja kepada kaki blog yang lain. Yang beza nya (jeng2) mereka meletakkan banner advertlets di bahagian atas sekali (format 728x90). Mereka faham bahawa jarang sekali orang akan mengklik banner2 tersebut, jadi mereka lebih gemar aliran masuk berterusan yang lebih fleksibel. Jadi pendapatan sampingan mereka dapat contoh sehari 0.50 sen x 30 hari = RM15.. kira ok lah, duit sampingan sahaja. Cara nak letak banner di atas sekali di blog untuk pengguna blogger sahaja yang saya tahu lah, pergi 'edit html', cari code 'head' (head yang dibahagian atas sekali, bukan kat bawah), letak tepat dibawahnya, dan save. Tips lain, digalakkan 1 Advertlets untuk 1 blog/web, jika lebih Page Impressions akan menurun.
Rahsia Nuffnang
Syarat utama untuk menjadi ahli Glitterati adalah, anda tidak boleh memasukkan iklan lain
yang konsepnya seperti Nuffnang. Iklan yang tidak di benarkan adalah iklan dari Asia
Tenggara. Contohnya dari Malaysia iaitu Gokita, Advertlets dan sebagainya. Iklan lain
yang bersifat global seperti Google Adsense di benarkan. Maksudnya anda kena setia kepada nuffnang je lah. So, dalam masa 48 jam Nuffnang akan crawl blog kita dan bila dia tengok takde iklan lain selain dia, kita akan naik pangkat jadi ahli Nuffnang Glitteri (bergantung).
Apa yang bagusnya bila jadi ahli Nuffnang Glitteri ni, Jom Bongkar?
1. Payment rates CPM : Earning akan meningkat sebanyak 20% sehingga 50% berbanding
nuffnang ahli biasa.
2. Payment rates CPC : Minimum RM0.25 per klik berbanding RM0.15 sahaja bagi ahli
nuffnang biasa.
3. Payment Term : Bayaran akan dapat dalam masa 30 hari selepas cash out berbanding 60
hari bagi ahli nuffnang biasa.
4. Peluang Pengiklanan : Lebih cerah berbanding ahli nuffnang biasa Page10 Of 30
5. Community Event : Diperuntukkan 70% kepada ahli Glitteri berbanding 30% sahaja kepada ahli nuffnang biasa.
6. Pemenang pertandingan : 70% hadiah eklusif berbanding 30% hadiah tidak eklusif kepada ahli biasa.
Jadi sekarang anda dapat menilai yang mana satu lebih baik dan lebih efisyen. Tips lain, Jangan terlalu fanatik dan fokus kepada kedua-duanya sahaja anggap sahaja sebagai ianya sebagai alat dan cara kita wang atau pendapatan sampingan di internet selain membuat blog atau website..