Menyelinap masuk sekejap dalam arena politik yang berlaku di Perak, baru-baru ini.
Lihat apa yang terjadi kepada raja muda perak. di sekatnya jalan. pastu yang paling sedih lagi bagi sy sebagai umat Islam, buat demo selepas solat Jumaat. takda jadahnya solat macam tue khusuk, tapi perangai selepas solat macam kambing dilepaskan dari kandang, makan halaman rumput rumah orang. klu di palestin, tak er ler juga buat demo protes kekejaman yahudi. nie protes sembarangan yang tiada sebarang hasil dan mendatangkan ketidak senangan orang ramai. Yang paling sodih lagi tu, pakai sarung dan sorban.
ketua DAP ni pula dah pandai pijak kepala orang melayu lebih-lebih lagi sultan, nk main saman kepada sultan. dorng nie tak sedar ke asal usul dorang. walaupun negara ini, berbilang kaum dan bangsa tapi tanah melayu milik siapa, melayu ke bangsa lain? jadi respek lah sikit kepada sultan, walaupun saya juga bukan keturunan Melayu tulen, namun Melayu Jawa, kedaulatan negara juga adalah ketaatan kepada perintah sultan/pemerintah selagi tidak melanggar mana-mana hukum yang termaktub..
UMNO memang parti yang tiada demo/protes seperti ini. jadi kewarasan UMNO masih terbaik dari parti2 yang lain dalam memerintah dan mengawal situasi politik di negara ini. lihat sahaja, baru-baru ini Dun BM keluar dari UMNO ke Keadilan, BN tak marah-marah dan naik angin pun, namun bila Keadilan lompat ke UMNO, naik berang 1 organisasi.
Jadi kita sebagai rakyat malaysia, tahu menilai sendiri mana baik dan mana buruk, artikel ditulis bukan untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak, namun hanya sebagai hakikat sebanar politik di negara ini.
Seorang lelaki yang beridentiti sebagai warga negara Indonesia ingin mengaut keuntungan dari salah satu orang terkaya di dunia, Carlos Slim Helu berkait sebuah nama domain di internet.
Sumber dari TechRadar, Jumaat (16/1/2009), warga Indonesia yang bernama Ahmad Rusli tersebut mencuba menjual nama domain Helu yang beralamat di www.carloslimhelu.com berharga US$ 55 juta.

Jika jutawan telekomunikasi asal Mexico tersebut menolak tawarannya tersebut, Rusli akan mengancam untuk mengarahkan domain tersebut ke laman web pornografi.
Helu menolak mentah-mentah permintaan Rusli, bahkan menyuruh Rusli ke mahkamah. Lembaga hak cipta WIPO kemudian memutuskan bahawa nama domain itu didaftarkan untuk maksud memburukkan dan harus diserahkan pada Helu.

Ahmad Rusli yang mendaftarkan nama domain tersebut kemudian terkilan bahawa ancaman yang dilakukannya hanya untuk menarik perhatian Helu. Namun demikianlah juga, mahkamah tetap memutuskan bahawa Helu boleh mendapatkan nama domainnya secara penuh tanpa membayar dan mendapat manfaat untuk kepentingannya sendiri.
This summary is not available. Please
click here to view the post.
Apa itu Bandwidth
Bandwidth adalah unit untuk mengukur bilangan data atau maklumat yang dihantar dalam satu jaringan (network) dalam tempoh masa tertentu. Selalunya dalam unit bit sesaat (bit/s) atau kbps - sumber dari www.netnw.net.uk/jargon.htm
Dengan kuasa internet, saya dapat berhubung dengan anda semua hanya melalui komputer. Begitu juga dengan anda.
Dengan internet, pertukaran data atau maklumat antara komputer mudah berlaku. Mungkin ada yang berkata, saya tidak berhubung secara terus pun dengan anda, hanya membaca blog ini saja.

Sebenarnya, blog ini juga berada di dalam komputer, cuma bukan seperti yang selalu kita guna, iaitu di server. Untuk memastikan anda semua (tak kiralah di mana anda) boleh membaca blog ini, saya telah menyewa sedikit ruang dalam server. Inilah yang kita panggil hosting. Bergantung kepada bayaran, setiap penyedia hosting telah menetapkan had penggunaan bandwidth pada setiap bulan.
Bandwidth akan digunakan sekiranya,
- Membaca blog ini
- Menulis komen di sini
- Saya menulis artikel baru
- Dan lain2 lagi
Kecurian Bandwidth
Kejadian mencuri bandwidth juga ada berlaku. Ini terjadi dengan proses hotlinking. Contoh hotlinking, membuat link secara terus kepada website orang lain. Katakan anda copy gambar dari sesebuah website, dan anda letak pula gambar pada website anda. Gambar itu masih ada link dari website terbabit. Dengan ini, bandwidth yang diguna pakai oleh pelawat website anda, telah menggunakan had bandwidth tersebut.
Contoh mudah, curi bandwidth ini, orang lain gunakan plug elektrik anda untuk gunakan laptop. Yang perlu bayar bilnya siapa? Anda bukan? Jika terlebih dari had penggunaannya, apa yang terjadi adalah, blog saya tidak akan dapat dicapai (Page cannot be found) sehinggalah, sama ada bulan baru menjelma, atau saya upgrade pelan hosting saya. Begitulah lebih kurang cerita tentang bandwidth ini.
Pening-pening fikirkan internet dan hidup. Hari-hari tak missed nak menghadap pc dan dunia internet. Sesekali cuba mencari info untuk rehatkan dan relakskan minda, supaya dapat menghirup udara yang nyaman dengan selesa tanpa kebingunggan emosi dan mental. Sekali sekala menulis blog adalah untuk kepuasan diri untuk memberitahu orang apa yang kita tahu, tapi biarlah fakta itu betul, sahih dan menarik minat orang untuk membaca.
Fakta yang anda perlu tahu, yang saya nak bagtahu...
1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..
2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!!Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..
7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.
8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .
9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.
10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanb erus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.
11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.
12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.
14. Adalah mustahil jika anda bersin tapa memejamkan mata.
15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.
20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.
21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.
24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.
25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)
27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita