Harga Domain USD 55 Juta Gagal dijual
Sumber dari TechRadar, Jumaat (16/1/2009), warga Indonesia yang bernama Ahmad Rusli tersebut mencuba menjual nama domain Helu yang beralamat di www.carloslimhelu.com berharga US$ 55 juta.

Jika jutawan telekomunikasi asal Mexico tersebut menolak tawarannya tersebut, Rusli akan mengancam untuk mengarahkan domain tersebut ke laman web pornografi.
Helu menolak mentah-mentah permintaan Rusli, bahkan menyuruh Rusli ke mahkamah. Lembaga hak cipta WIPO kemudian memutuskan bahawa nama domain itu didaftarkan untuk maksud memburukkan dan harus diserahkan pada Helu.

Ahmad Rusli yang mendaftarkan nama domain tersebut kemudian terkilan bahawa ancaman yang dilakukannya hanya untuk menarik perhatian Helu. Namun demikianlah juga, mahkamah tetap memutuskan bahawa Helu boleh mendapatkan nama domainnya secara penuh tanpa membayar dan mendapat manfaat untuk kepentingannya sendiri.
